Pages

Monday, October 28, 2013

Misi untuk hari ini.....

Hari  ni ke TNB KB untuk bayar deposit bagi pemasangan letrik  rumah d Taman Firdaus. Abis kelas terus solat zohor dulu coz takut x sempat solat di rumah. Kul 2 dah sampai d office tnb. Ambik no giliran selepas tekan 'perkhidmatan'. Lama juga menunggu coz untuk urusan' perkhimatan' ni ambik masa agak lama. Kaunter untuk bayaran bil sekejap je. Dah siap tandatangan borang dll kena buat pembayaran RM240. Bayaran ditetapkan mengikut jenis rumah.nasib baik x perlu ambik no giliran lain just terus ke kaunter saja.Kul 3 dah masuk ke kereta.
Misi ke dua hari ni ...ke Taman Firdaus untuk buka kunci pagar coz tnb nak datang buat penyambungan.
Misi ke tiga hari ni singgah kedai muffin untuk buat tempahan muffin bagi jamuan budak2 next week.
Alhamdulillah kul 4 dah sampai rumah.
Lepas ni selesaikan misi seterusnya 'Grill'...

Monday, July 1, 2013

Busy n sawang.....

busy memanjang.....line tenet pulak tenat sokmo...jadi bersawang la blog ni....banyak yang nak dicoretkan cuma x berkesempatan...Inshaallah lepas ni dapat la mencoretkan sesuatu...

Thursday, January 10, 2013

Hadiah Besday...

Alhamdulillah....8 Jan 2013 genap setahun lagi usia ku ....Hadiah terbaik buat diriku pada tahun ini adalah perjalanan mencari redha Ilahi...semoga dipermudahkan segala-segalanya...

Thursday, July 12, 2012

Sakit kepala....

Pagi sibuk dgn acara sukan...Dok berpanas kat tengah padang...Balik rumah je start sakit kepala...mula-mula tu sikit je...makan panadol...try nak tidur...macam-macam cara tapi still x boleh tidur..sapu minyak angin...guna petua letak bawang putih di dahi...pastu letak air limau nipis di kepala...minum air putih...semua tak berkesan...sakit makin teruk...siap berpeluh-peluh satu badan....last sekali muntah...3 kali muntah...abis keluar semua.....sambung balik try untuk tidur...terlelap sekejap maybe sebab dah muntah...rasa macam ok sikit walaupun sakit kepala tu masih terasa...alahai tak sanggup nak alami sakit kepala yang teruk macam ni sampai muntah lagi...Insaf kejap tak nak berpanas lama2...Semua sakit ni ujian tuhan...kena redha...orang lain lagi teruk sakitnya...sakit kepala ku ni ujian tuhan buat ku...Dia maha mengetahui....

Sunday, July 8, 2012

Allah lebih sayang padanya...

Baru je hari jumaat 2 hari lepas  di kejutkan dengan pemergian  Mak kepada Ann....Hari ni pula dapat berita adik kepada kawan ku yang sama-sama menziarah ke rumah ann kehilangan adik tersayang dalam kemalangan di bentong pada petang tadi...Allah pinjamkan mereka sekejap dan kini tiba masanya untuk diambil kembali...Semoga ann dan rose tabah serta redha...Sama-sama kita doakan kesejahteraan arwah ..semoga ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang beriman...Amin..

Dah lama x berkunjung....

Dah nak dekat setahun x datang bertandang...macam-macam hal dah berlaku...ada yang pahit, masam,kelat, masin  dan manis dah berlaku...banyak sangat yang nak di coretkan tapi masa masih tak berapa mengizinkan...almaklumlah busy memanjang...sabo je lah...hehehe..

Wednesday, November 23, 2011

Meredah banjir. .

Sudah 3 hari hujan turun x berhenti. . Air mula naik. . Nak keluar jln2 pun malas bila hujan ni. . X selesanya bila nak ronda2 jamu mata dlm keadaan basah. Ku gagahkan jugak keluar hari ni coz nak bereskan downpayment kereta. Air pulak dah melimpah atas jalan. . Jalan-jalan main air la pulak. . Ramalan kaji cuaca meramalkan hujan sehingga esok. . Harap-harap lepas ni cuaca ok. .
Published with Blogger-droid v1.7.1
 
Copyright 2010 Semalam ku bermimpi.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase