Pages

Monday, June 21, 2010

sakit tekak...

Hari ni dah dua hari start keje selepas cuti 2 minggu. Rasa cam tak puas lagi cuti. Semalam sakit tekak lepas ngajar..maybe dah 2 minggu x cakap ngan kuat. Bila ngajar suara pun kena la kuat sikit. Balik minum air limau..pastu cam ok sikit...Hari ni pulak rasa penat je...Mengantuk, letih dan macam-macam lagi...
Still kat sekolah lg ni...jap lg baru balik...siapkan apa-apa yang patut...esok jadual penuh...Kena ready minum air banyak..kalau sakit tekak lagi susah le nak ngajar...Tak sabar nak tunggu weekend..nak rehat..hehehe..

Monday, June 14, 2010

Dua tiga hari ni selalu je sakit kepala.Makan ubat pun still tak tahan.Kesakitan dan denyutan masih terasa. Kadang-kadang terfikir jugak kot-kot ada sakit lain sebab selalu sangat sakit kepala.Mintak jauhlah semua yang tak elok tu.Selalunya waktu pagi ok je...tapi bila petang kepala pun mula sakit hinggalah ke waktu tidur.Bila mula sakit petang esok akan sakit lagi.Selalunya dua atau tiga hari lepas tu kembali seperti biasa.Selalunya sakit kepala ini akan berlaku lagi bila-bila je dan akan berlarutan dua @tiga hari. Lepas tu akan ok dengan sendirinya.Entahlah..sebab cuaca panas atau stress kot...
Hari sabtu tukar motor kipas enjin kereta. Dah lama nak tukar asyik tak jadi je.Bila motor kipas tak berpusing econ kereta pun tak berfungsi...kereta dah jadi panas macam dalam oven je.Jadi bila dah tukar motor tu...fuhhh lega..kereta dah kembali sejuk. Semalam pula balik kelas tambahan hantar kereta ke bengkel coz ada masalah sikit dengan bumper yang kena langgar hari tu. Tinggal kereta di bengkel lepas tu singgah makan di ani sup utara.Lama tak makan bihun sup.Sedapnye..Makan sambil layan pesbok..
Balik rumah kepala start sakit. Makan activefast tapi tak tahan jugak. Malam makan sebiji lagi activefast.Kepala still berdenyut buat apa pun tak selesa. Tak sukanya bila kepala sakit ni.
Hari ni kelas tambahan lagi.Lepas kelas ke rumah Nor.Dah lama nak jumpa sejak dari dia balik umrah lagi tapi ada aje halangan.Nor siap masak nasi beriani lag.Sedapnye..TQ Nor,lain kali masak lagi ye..On the way balik singgah bengkel kereta.Servis kereta la pulak. Tiga hari berturut-turut dok layan kereta ni. Terpaksa la jugak kalau jadi apa-apa kat kereta ni aku jugak yang susah. Jadi macam orang patah kaki le...
Kereta baru !!!! banyak kena pikir..teringin tapi.....tambah hutang lagi....Tunggu naik gaji la dulu...ahakss...

Thursday, June 10, 2010

Cuti oh cuti

Hari ini sudah seminggu cuti ku berlalu.Masih ada seminggu lagi.Masih banyak lagi perkara yang belum aku selesaikan.Minggu depan kelas tambahan bermula dari hari ahad hingga selasa.Hasrat nak ke pejabat Celcom pun belum tertunai lagi.Jumaat dan sabtu lepas habiskan masa dengan mengemas bilik.Ahad pula ada kelas tambahan. Lepas kelas ke pkt beli barang-barang dapur. Isnin lepak-lepak di rumah. Hari selasa keluar dengan nani ke D'klasik Kubang Kerian.Sarapan nasi lemak sambil berinternet. Kemudiannya ke Mydin menjamu mata sambil jalan-jalan.Semalam menghabiskan masa di Permai Chalet,Tok Bali bersama Ann,k.Sal(kawan ann dar sarawak), yah ,nani dan anak-anaknya. Buat acara makan-makan sambil bakar ayam dan ikan. Best jugak sebab dah lama tak keluar ramai-ramai.Atie tak join skali sebab tak sihat.
Ingatkan pagi tadi nak bangun awal tengok matahari tepi pantai tapi kemalasan melanda.Pukul 9 pagi lepak-lepak ambil angin kat tepi pantai. Cuaca hari ni mendung je.Kemudian ke Tok Bali beli ikan. On the way balik singgah beli tembikai,labu dan dragonfruit. Hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan kami pulang. Singgah lepak rumah nani sebelum balik.
Perjalanan hidup ku seperti biasa sahaja tapi masih terasa sesuatu.Biarlah..hidup mesti diteruskan.Tunggu gambar yang ditempah dari k.asni sampai barulah aku akan selesaikan semua ini. Bilalah k.asni akan hantar,lepas tu terpaksa tunggu 2 minggu sebelum sampai ke Malaysia.Lama lagi lah tu..Tak pe lah bila sampai masa itu, biarlah aku yang memulakan semula. Jika tak di layan tak tahu lah. Pasrah je lah. banyak lagi barang-barang yang perlu aku selesaikan tapi apa-apa pun tunggu k.asni je dulu. Yang lain lepas ni baru fikir.
Takkan lah ape yang berlaku boleh melupakan segala-gala yang kita alami dan hadapi bersama selama ini.Begitu mudah melupakan kerana sesuatu yang memang ku rasakan tiada apa-apa pun.Entahlah.....Beginikah akhirnye...
 
Copyright 2010 Semalam ku bermimpi.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase