Pages

Sunday, May 30, 2010

Bila sudah sampai waktunye....

Semalam terkejut dengan kembalinya ke rahmatullah arwah Zamzarida. Arwah meninggal kerana komplikasi pendarahan selepas bersalin 3 hari yang lalu. Begitu cepat arwah pergi meninggalkan suami dan 3 anak yang masih kecil. Kesian baby Irdina Balqis yang masih dahagakan belaian ibu tersayang. Tapi tuhan lebih menyayangi beliau.Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Bila sudah sampai waktunya tidak akan lewat atau cepat walau seminit pun.Ajal pasti menjemput kita. Cepat atau lambat hanya yang Maha Kuasa paling mengetahui. Arwah meninggal pada pukul 1 tgh 29 Mei 2010 dalam usia 30 tahun.Semoga keluarga arwah bersabar menerima dugaan ini.Ibu dan ayah kehilangan anak,suami kehilangan isteri,anak-anak kehilangan ibu dan pelajar-pelajar kehilangan seorang guru.Warga SMK Karak kehilangan seorang pendidik yang juga bekas pelajar .Arwah telah melunaskan tanggungjawab sebagai seorang anak jati karak untuk berbakti kepada tempat tumpah darahnya sendiri.Mungkin ini bakti terakhir arwah buat warga Karak.
Hari ini pula merupakan hari bahagia buat Suria Ismail kerana melangsung perkahwinannya di Sertik,Bentong, Pahang. Minta maaf tak dapat hadir....Jauhlah Su...Lagi pun hari ni hari persekolahan di sini. Hanya doa ku kirimkan di angin lalu agar hidup mu bahagia hingga ke akhir hayat.Semoga berbahagia.

Wednesday, May 26, 2010

Impian ke tanah suci...

Hari ni pergi ke tabung haji. Dah lama nak pergi daftar haji tapi asyik tertangguh aje. Ingatkan nak daftar ambik masa yang lama dan perlu isi macam-macam borang. Rupa-rupanya tak sampai lima minit dah siap dan tak perlu isi apa-apa borang pun. Satu je soalan yang di tanya sapa nama datuk . Hehehe sikit punya senang...
Bila tengok tahun pilihan tunai haji 1453 hijrah / 2032 masihi. Mak oiiii....lagi 22 tahun. Lamanye....masih berkesempatan lagi ke untuk ke sana. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku...Semoga lepas ni tarikh tu dapat dipercepatkan lagi. Menyesal rasanya tak pergi mendaftar awal.
Doakan semoga impian ku untuk menjejakkan kaki ke tanah suci tercapai di kala usia  masih muda dan bertenaga untuk menjalankan segala ibadat dengan baik.

No daftar haji : 1309100526142200A

Tarikh daftar : 26 / 5 /10 pukul 1422

Allah maha mengetahui.....Doa dan harapan mengiringi segala  apa yang aku impikan. Semoga menjadi kenyataan suatu hari nanti.Insyaallah.

Monday, May 24, 2010

Hari yang tenang....

Hari ni sama seperti hari-hari lain juga.Keluar awal g sekolah. Jadual hari ni tak banyak sangat. Tak lah penat dan budak-budak pun baik je.Malas nak ingat hal semalam.Just wait and see...Apa-apa pun life must go on...nothing change....try to forget everything and always think nothing was happen....
Hidup mesti ceria and happy...susah hati pun bukan boleh selesaikan masalah...Aku kuat dan aku boleh...Patahkan tumbuh hilangkan berganti tapi yang ku tunggu tak kunjung tiba. Dah lama ku menungu kat mana agaknya tersembunyi.

Sunday, May 23, 2010

Entah le......

Hari serba x kena.Pagi2 lg dapat sms.Pasal semalam. Ingatkan x de ape2 so semua sms dah kena delete la.Maklumlah inbox dah full.Ade yg terasa  ngan sms ku.Rasenye x de ape pun..dah jage bahasa dan dah cuba elak tulis yg sensitif...entahle..Kenapa kali ni message yg ku dpt mcm sengaja nak provok je...tak jwb nanti jd isu..pernah skali terlupa nak jwb dah kena sebijik..tp aku diam je lah...salah aku terlupa.Lagipun memang dah terbiasa setiap message akan ku balas.
 Malam td jawab message tapi dalam kepala dok pikir camne nak berhentikan saling berbalas message ni.Walau mcm2 aku kena, fanatik la, tak ikut prinsip la tapi kalu terasa pun simpan dalm hati je lah. Tak payah le nak pikir lama. So sebelum tidur delete le semua sms yang diterima dan sms yang dihantar. Esok mulakan hari baru dan cerita baru.Pagi-pagi lagi dah kena sebijik,terkejut jugak ingatkan x de ape..rupanye ada ape-ape.Lepas tu aku nak kate apa.Aku disuruh baca balik sms aku coz ada perkataan aku yang laser,puas dok pikir yang mana coz semua sms dah delete.
Akhirnya beberapa perkataan ku d pesbok pulak yang jadi isu. Pesbok cerita lain...message semalam criter lain.Malas nak panjang cerita so minta maaf sebab memang rasenya benda ni x de isu pun. Tapi ada lg yang x kena dgn message ku...panjang pulak ceritanye..rase nak menitik air mata bila baca sms balasan tu..dah bertakung tapi ku tahan jugak coz tadi ramai org. Besar sungguh salah aku..Terima lah seadanya....balik rumah baca semula sms tu...air mata yang ku tahan tadi terus mengalir. Mase dok taip ni pun mata aku dah berkaca...Entah le....salah aku kah jika apa yg aku rasa selama ni  x pernah aku luahkan...still ada rasa hormat  dan mcm2...jika meluahkan sesuatu yang kita x suka..aku rasa sudah semestinya aku akan kekok dan serba x kena...jadi jalan selamat diam dan pendam sendiri sebab aku jenis mudah lupa...Sekejap je terasa pastu dah ok...

Entah le...Ayat-ayat yang ku terima memang buat aku terasa tapi siapa aku untuk terasa hati...mungkin aku tak layak pun untuk kecik hati ngan sapa-sapa.Mungkin aku yang patut disalahkan.Kalau aku tak balas sms tu semua ni takkan berlaku.Kalaulah phone ku tak ada bateri semua ni takkan berlaku.Kalaulah phone ku tak ada kredit semua ni takkan berlaku.Terimalah kenyataan yang pahit untuk ditelan yang aku dah balas sms tu,bateri phone ku penuh dan kredit baru je aku top up.Apa-apa yang aku rasa pahit ke,manis ke @ sedih ke...Aku kena simpan untuk diri aku sendiri.Depan orang buat tak ada apa-apa yang berlaku.Jangan ada sesiapa yang bertanya coz aku tak cukup kuat untuk menampung air mata ku ini.Bodohnya aku sedih dengan benda yang tak perlu nak di sedihkan..
Esok mulakan hari baru lupakan apa yang berlaku.Tuhan maha mengetahui apa di dalam hatiku ini.Redha dengan segalanya.Tak pernah terniat untuk menyakiti hati sesiapa.Jika ada yang terasa dengan aku sesungguhnya aku lagi lah terasa jika aku tahu perkataan @ perbuatan ku menyakiti orang lain.Kalau lah masa boleh diundur biarlah semalam tak wujud dalam hidup ku.
Entah le......
 
Copyright 2010 Semalam ku bermimpi.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase