Pages

Tuesday, August 30, 2011

1 syawal datang lagi. .

Hari 1 syawal 1432 hijrah. . Selamat hari raya buat semua. . juadah pagi raya tahun ni ialah nasi dagang berlaukkan gulai ayam dan ikan tongkol. . Kuih semuanya berjenama tunjuk je. . hehehe. . tahun ni rasa penat dan x larat nak buat kuih. . Semalam rasa sayu je nak melepaskan ramadan pergi. . Semoga tahun depan dapat ketemu lagi bulan ramadan yang penuh dengan keberkatan....
Rutin pagi raya lepas solat sunat raya pergi rumah tok dan rumah mak sedara. . Pastu blk rumah tunggu tetamu datang. . Penatnya tapi happy coz dapat jumpa sedara mara yg dah lama x jumpa. . Setahun skali masa raye je jumpa. .
Published with Blogger-droid v1.7.1

Saturday, August 20, 2011

Rindukah aku. . .

Baru seminggu terbiasa dgn semua tu tp hari ni rutin tu tetiba je berubah. . aku mula merasakan sesuatu. . rasa x selesa dan semacam je. . adakah ini tandanye rindu atau aku cuma nak sesuatu yang sama dan tak berubah. . bila dah berubah sikit aku dah x sedap hati. . tetiba je rasa sayu dan sedih semacam je. . Ya Allah berilah petunjuk kepada diriku. . Jika ini yang terbaik buatku. . Semoga dipermudahkan segala-galanye. . Kepada Mu aku memohon dan berserah. .
Published with Blogger-droid v1.7.1

Wednesday, August 10, 2011

sekadar renungan. .

Orang yang tak pernah hidup susah mungkin tak akan mengerti keperitan hidup orang lain. .janganlah mencari siapa yang bersalah yang penting kita bersama-sama membantu. .janganlah terus mengata dan mengeji jika hanya sekadar mendengar cerita orang lain. . Hari ni aku dan beberapa teman yang prihatin ke rumah seorang pelajar. . Macam-macam cerita yang di dengar. . Miskin sebab bapa malas nak kerja. . Kebetulan hari ni pelajar tu x datang sek so ambik kesempatan ke rumahnya. . Nak tengok sendiri kehidupannya di rumah. . Sebelum pergi dah rancang nak ambik gambar rumah dia tapi bila pergi terlupa la pulak .( kunjungan kali ke 2 baru dpt ambik gambar ni )





.rumah yang buruk,berlantaikan kayu yang berlubang,x ada sebarang perabut cuma satu bakul kain dan kain yang bersidai di dalam rumah. .di satu sudut yang dijadikan dapur cuma terdapat satu dapur gas di atas meja. . Itu saja yang dapat ditinjau dari jauh. .si bapa bukannya tak bekerja cuma rezeki yang dapat x sebanyak mana dgn pekerjaan sebagai tukang rumah..boleh dikatakan kerja hari ni untuk makan hari ni je. . X boleh disimpan. . Si ibu pula bekerja sebagai tukang cuci di hospital. .adik beradik ada sepuluh orang. .yang x sek lagi 4 orang. .berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. .janganlah bandingkan kita yang suami isteri masing-masing kerja 'gomen' dan gaji ribu-ribu. . Jika x sudi membantu jangan lah dikutuk dan pandang sinis pada yang ingin meringankan beban setakat yang termampu. .rezeki yang ada patutnya dikongsi semoga lebih berkat hidup kita di dunia ini.
Published with Blogger-droid v1.7.1

Sunday, August 7, 2011

Ku berserah padaMu. .

Hanya pada Mu keberserah. . Berikanlah petunjuk dan panduan semoga dapat ku membuat keputusan yang terbaik buat diriku dan semua orang. . Aku happy dan orang lain pun happy. . Semoga ini yang terbaik buat ku. . Aku yakin Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku. .
Published with Blogger-droid v1.7.1

Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi. . . .

Hari ni first day puasa. . Rasa cam biasa je. . Masak pun cam biasa je. . Daging + hati goreng, ayam madu, sambal jantung pisang,tembikai dan air oren. . Lepas berbuka g terawih di surau. . Tahun ni kaum hawa lebih ramai dr tahun2 lepas. . Terpaksa ambik ruang lelaki coz padat sampai ke pintu. . Harap2 kekal la jemaah ni sampai ke penghujung ramadhan. . Bersama-samalah kita meningkatkan amalan dibulan yang mulia ini.. .selamat berpuasa. .
Published with Blogger-droid v1.7.1
 
Copyright 2010 Semalam ku bermimpi.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase